Fattah Enggan Muncul Rancangan Meletop,,Ini Komen Paling "WIN" Neelofa Buat Fattah
KUALA LUMPUR: Tengah malam tadi, pelakon jelita, Neelofa berkongsi status panjang lebar mengenai gosip hubungan cintanya dengan Fattah Amin yang mencetus spekulasi sejak lakonan mereka dalam drama rantaian, Suri Hati Mr Pilot meledak, beberapa bulan lalu.
Mengaku emosinya terganggu dengan laporan media dan cakap-cakap orang, Neelofa buat pertama kalinya terbuka berbicara soal hati dan ketentuan jodoh.
Melalui catatan pada akaun Instragram, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-29 ini berharap peminat memberi ruang untuk dirinya dalam soal peribadi.
"Saya harap peminat akan terus menyokong kerjaya saya dan Fattah. Cuma buat masa sekarang, saya memerlukan sedikit ruang untuk mencintai diri sendiri supaya dapat menebarkan cinta itu dengan lebih baik kepada seseorang yang istimewa dalam hidup ini," katanya.
Namun, Neelofa berkata, dalam urusan peribadi terutama soal hati, perkara itu lebih baik ia disimpan daripada diceritakan secara terbuka.
"Saya juga manusia biasa seperti anda juga yang mahu bernafas dalam hidup yang sama. Malah, pada satu tahap, saya rasa seperti mereka di luar sana menghakimi diri ini," katanya yang mengaku trauma setiap kali mahu memuat naik status di laman sosial.
Neelofa mengaku dia menjadi marah dan sedih apabila membaca laporan kisah peribadi terutama yang memberi kesan kepada keluarga.
"Kalau cerita membabitkan saya, boleh diterima. Tetapi jika membabitkan keluarga sendiri dan orang lain, ia sangat tidak 'cool'.
"Sekurang-kurangnya adalah sedikit rasa hormat terhadap keluarga saya dan Fattah. Apa yang kalian rasa jika orang luar yang seolah-olah lebih tahu segala segi cerita berbanding keluarga sendiri," luahnya lagi.
Mengenai jodoh, Neelofa berkongsi: "Saya jarang bercakap soal begini, namun kalau menyentuh soal jodoh, saya percaya dengan kuasa Allah. Kalau sudah jodoh tak ke mana. Pada akhirnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya dan Fattah.
"Saya dan Fattah juga sudah berbincang hal ini dan diharap akan diberi sedikit ruang dan masa untuk berfikir. Kami tak mahu rasa dibebani dengan apa yang ditulis di laman maya dan akhbar.
"Kami juga tak mahu rasa seperti bertanggungjawab atas tekanan ini semata-mata untuk menggembirakan hati peminat. "Soal kahwin bukan boleh dibuat keputusan dalam masa sehari. Andai ada jodoh tak ke mana-mana," katanya.

0 comments:
Post a Comment