Saturday, 2 December 2017

Filled Under:

Panas!! Ini Punca Bekas Isteri Raf Yaacob Tidak Benarkan Anak Pergi Ke Majlis Resepsi Mawar Rashid Dan Raf Yaakob

Panas!! Ini Punca Bekas Isteri Raf Yaacob Tidak Benarkan Anak Pergi Ke Majlis Resepsi Mawar Rashid Dan Raf Yaakob

Semalam, 1 Disember 2017, telah berlangsung satu majlis resepsi antara adik Fazley Yaacob, Raf Yaacob dan juga isterinya, pelakon baru Mawar Rashid.

Majlis resepsi ini telah diadakan di Sime Derby Convention dan berlangsung dengan amat meriah.

Banyak juga rakan artis yang hadir ke majlis tersebut dengan status Mawar Rashid sebagai artis dan bekas peserta Dewi Remaja yang popular.

Untuk pengetahuan, Raf Yaacob merupakan seorang duda sebelum bernikah dengan Mawar Rashid.

Raf Yaacob mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Namun semalam kedua-dua anaknya langsung tidak kelihatan di majlis resepsi pasangan pengantin baru ini.

Melalui laman IG milik Raf Yaacob, dia menjelaskan anaknya tidak dapat hadir kerana bersama ibu kandungnya iaitu bekas isterinya.

Dalam tulisannya, dia menjelas ada baju yang telah disiapkan untuk anak-anaknya namun mereka tidak dapat hadir dan pakaian itu tidak dipakai dan hanya akan tergantung.

Raf Yaacob berkata ada pihak yang kejam dan selfish yang membuatkan anaknya tidak dapat bersama pada malam di majlis resepsi itu.

Kemudiannya, oleh kerana penulisan caption dari Raf Yaacob ini, bekas isterinya tampil memberi respon balas.

Kata bekas isteri Raf Yaacob bernama Maria ini, anaknya itu sedang sakit dan tidak sihat.

Maria juga mengingatkan agar jangan sesekali membuat tuduhan tidak berasas dan juga membuat drama.



1) Rasha demam batuk selsema, sedang alami tonsilitis
2) Hari ni adalah giliran ibu kandung menjaga anak-anak (court agreement)
3) Tiada komunikasi untuk anak-anak hadiri majlis resepsi Raf (hanya diberitahu semalam)
4) Jika mahu anak-anak, perlu 7 hari lebih awal (court agreement)
5) Jika ibunya kejam, selfish, dia takkan benarkan anak-anak hadiri majlis pernikahan
6) jangan buat tuduhan melulu, jangan buat drama

“Bacterial Tonsilitis with WHITE SPOTS adalah penyakit yang berjangkit. As a mother i will take full responsibility on my kids welfare and their surrounding. It is my job to make sure that she wont affect other people.”

Itulah penjelasan dari pihak bekas isteri raf Yaacob tentang kenapa anak-anak tidak hadir ke majlis resepsi antara raf Yaacob dan Mawar Rashid.

Persembahan Tarian Mawar Rashid Di Majlis Persandingan



Pasangan pengantin popular, Mawar Rashid dan Raf Yaacob telah bernikah pada 9 November yang lalu.

Dengan sekali lafaz, pelakon sedang meningkat naik, Mawar Rashid selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih mesra di sapa Raf Yaacob.

Pasangan ini dinikahkan oleh imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Ustaz Mohamad Azri Ahmad Kamil kira-kira jam 3.20 petang.

Mawar Rashid yang merupakan bekas peserta Dewi Remaja dan adik Fazley Yaacob iaitu Raf Yaacob selamat diijab kabul dalam sebuah majlis yang cukup indah bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Pada majlis pernikahan tersebut, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid telah memberi sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang oleh pihak pengantin lelaki.

Untuk pengetahuan, Raf Yaacob merupakan adik kepada penyanyi dan selebriti chef popular iaitu Dato Fazley Yaacob.

Selepas bernikah, Raf Yaacob telah membawa isterinya itu ke England dan makan malam bersama pemain bola sepak Manchester United.

Semalam, pada tarikh 1 Disember, telah berlangsung pula majlis resepsi pasangan ini. Majlis berlangsung dengan amat meriah di Sime Derby Convention. Ramai rakan artis dan teman rapat pasangan ini yang hadir ke majlis resepsi ini.

Menerusi satu video yang di kongsi oleh pelakon Uqasha Senrose, di majlis resepsi itu, Mawar rashid telah membuat persembahan menari.

Memang comel habis Mawar Rashid menari. Tarian ini dibuat didepan suaminya Raf Yaacob.

Menerusi video itu, ada yang bertanya kepada Raf Yaccob, “Seronok ke, seronok?”

Raf Yaacob kemudian membalas dengan membuat isyarat ‘ok’ sambil tersenyum dan mengenyitkan mata.

Tarian Mawar Rashid ini mendapat teriakan penuh keseronokkan dari para penonton.

Selamat pengantin baru Mawar dan Raf!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!




0 comments:

Post a Comment