Sunday 3 December 2017

Filled Under:

INI PENYAKIT SEBENAR LAN KRISTAL SEHINGGA PERSEMBAHANNYA TERJEJAS DI GEGAR VAGANZA MALAM TADI PASTI RAMAI TERKEJUT BESAR

INI PENYAKIT SEBENAR LAN KRISTAL SEHINGGA PERSEMBAHANNYA TERJEJAS DI GEGAR VAGANZA MALAM TADI PASTI RAMAI TERKEJUT BESAR

PERSEMBAHAN Lan Solo pada minggu keenam dalam pertandingan Gegar Vaganza (GV) agak terjejas kerana penyakit buasir yang dialami.

Disebabkan itu, malam tadi Lan berada di kedudukan dua tangga terbawah yang tidak pernah diduduki. Lan bagaimanapun  bernasib baik apabila Aqasha tersingkir.

Menurut Lan, dia telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada hari Selasa minggu lalu.

Doktor ingin menjalankan pembedahan namun Lan ingin mencuba kaedah lain kerana dia terlibat di dalam pertandingan GV.

“Tapi sehingga hari Sabtu keadaan saya masih sama. Walau bagaimanapun, saya yang memohon untuk discharge dari hospital bagi membolehkan saya menyertai pertandingan ini.

“Hari Sabtu malam saya jalani latihan seperti artis lain. Dan malam ini saya sudah cuba buat yang terbaik untuk para penyokong saya. Saya tak mahu hampakan mereka jadi saya buat juga walaupun sedang menahan kesakitan,” ujar Lan.

Lan turut menjelaskan dia sengaja tidak mahu memberitahu peminat mengenai penyakitnya itu kerana tidak mahu dianggap seperti meraih simpati.

“Malam ini (semalam) apa jua keputusan saya dah reda. Alhamdulillah rezeki masih berpihak kepada saya untuk mara ke peringkat separuh akhir.

“Untuk minggu hadapan pula, pun saya dah reda juga. Tapi impian tu kalau boleh mestilah nak ke final kan,” ulasnya lagi yang  kini terus mendapat rawatan selanjutnya.

Lan juga memohon doa daripada peminat supaya dia diberi kesembuhan dan boleh beraksi seperti sediakala.

Sumber : Sinar Harian


Malang menimpa bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Lan yang kini mengalami keracunan makanan teruk hingga menyebabkan buasir.

Kata Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yusof, dia mulai sakit perut sejak malam tadi dan melarat hingga hari ini.

“Saya kena keracunan makanan dan cirit-birit sejak malam tadi hingga melarat menjadi buasir.

“Keadaan ini menyukarkan saya berjalan hingga terpaksa dipapah dan berkerusi roda.

“Saya harap kesihatan akan kembali pulih seperti sedia kala dan meneruskan sesi latihan esok. Doakan saya cepat sembuh,” katanya kepada Astro Gempak.

Lan juga merayu agar peminat tidak menjadikan masalah kesihatannya sebagai peluang meraih simpati.

“Jangan fikir saya mahu raih simpati. Saya akan terus berjuang untuk GV4 sepertimana penyanyi lain,” tambahnya.

Pada minggu keenam, Lan bakal menyampaikan lagu Pahit Akan Manis Akhirnya (nyanyian asal U.K’s).

Kumpulan Kristal akhirnya memutuskan untuk merehatkan vokalisnya, Lan daripada terbabit dengan sebarang aktiviti seni bersama band itu.

Pengumuman itu dibuat menerusi akaun Instagram rasmi @kristalband semalam dan diulang siar menerusi akaun gitaris band itu, Rody.

“Kristal akan rehatkan Lan dan akan buat audition mencari penyanyi baru. Insya-Allah pengumuman akan dibuat,” tulis akaun rasmi @kristalband.

Manakala, Rody turut memuatnaik kenyataan Lan dalam sebuah temu bual baru-baru ini yang menyatakan hasratnya untuk bergerak solo.

Rody dalam kemas kini akaun peribadinya lewat malam tadi turut menegaskan akan terus memperjuangkan nasib kumpulan Kristal walaupun tanpa penyanyi.

“Atas nasihat orang-orang lama kami akan merehatkan Lan.

“Semoga berjaya dengan hajatnya hendak menjadi penyanyi solo, takkan nak biarkan Kristal diam tanpa penyanyi dan kami nanti tak ada show pula.

“Insya-Allah aku akan memperjuangkan Kristal bersama Kechik dan Acap.

“Moga terus berjaya dan harap anda terus menyokong perjuangan Kristal!” tulisnya.

Kenyataan itu mendapat pelbagai reaksi peminat setia band Kristal yang enggan melihat kumpulan itu berpecah belah.

Malah, ada yang menyarankan agar anggota band Kristal berbincang terlebih dahulu daripada membuat keputusan melulu.

Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yusof menyuarakan hasrat untuk bergerak solo untuk mencabar dirinya keluar daripada zon selesa.

Bintang Gegar Vaganza 4 itu juga menjelaskan kenyataan untuk berehat daripada band Kristal pernah diluahkan namun ia sekadar gurauan.

Sumber: Gempak Dot Com

NotaKaki: Semoga Lan dapat pulih sepenuhnya sebelum konsert gegar vaganza yang akan datang minggu ini.




0 comments:

Post a Comment