Saturday 2 December 2017

Filled Under:

Korang Kenal Lagi Tak Hero Malaya Jehan Miskin Yg Terkenal Ketika Dahulu? Wajah Terkini Beliau Amat Mengejutkan! Kesiannya! Patut Lah xde Job.. Kesian..

Korang Kenal Lagi Tak Hero Malaya Jehan Miskin Yg Terkenal Ketika Dahulu? Wajah Terkini Beliau Amat Mengejutkan! Kesiannya! Patut Lah xde Job.. Kesian..

JEHAN MISKIN PAKAI RANTAI SALIB, MURTAD ISLAM

Terkini Isu Kontroversi Jehan Miskin Konon Pakai Rantai Salib, Dianggap Murtad Islam!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com terbaru digemparkan dengan isu kontroversi sensasi gosip artis Jehan Miskin dan isteri memakai rantai tanda salib Kristian, lebih teruk peminat kutuk Jehan Miskin murtad agama Islam. Isu artis orang Melayu yang murtad dan memeluk agama Christian di Malaysia menjadikan Jehan Miskin salah seorang daripadanya. Sebenarnya para peminat Jehan Miskin telah salah faham mengenai gambar yang dilihat oleh mereka. Ikuti penjelasan Jehan Miskin mengenai isu rantai leher yang dipakainya dianggap lambang salib Kristian.

Gambar Jehan Miskin dan Isteri Pakai Rantai Lambang Salib Kristian

Jehan Miskin Pakai Rantai Lambang Salib Bersama Isteri

Pelakon juga pengarah (Gambar) Jehan Miskin sedih dengan dakwaan dia kononnya membelakangkan agama ekoran sekeping foto yang menunjukkan dia bersama isterinya memakai loket berbentuk lambang salib yang dimuatkan di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.

Malah pengarah drama What If ini menyifatkan tindakan segelintir pihak yang menempelaknya dengan kata-kata kurang sopan sebagai tidak rasional, terlalu emosi dan bersikap 'terlebih' sensitif.

"Pada saya ianya mudah. Kalau kita fikir positif, positif lah. Tapi kalau kita fikir negatif, jadi negatif lah ia. Bila isu ni timbul saya cuba jelaskan yang loket itu bukan lambang salib. Saya siap suruh pihak itu rujuk wikipedia. 

"Saya dilahirkan Islam, jadi tak masuk akal kalau saya pakai salib. Lain lah kalau saya tak perasan atau terpakai. Tapi dalam hal ini, saya memang pakai loket tu dan nak kongsikan gambar pada para peminat saya. Loket tu adalah lambang pengangkap dan sama sekali tak mewakili simbol mana-mana agama", kata Jehan Miskin yang meminati K-Pop kepada wartawan tatkala diminta mengulas mengenai isu tersebut.

Peminat Anggap Jehan Miskin Melayu Murtad Islam

Jehan Miskin Beri Penjelasan Kerana Peminat Salah Faham

Pun begitu menurut Jehan, dia pada mulanya membalas kritikan pihak tersebut menerusi laman Facebooknya dengan tujuan cuba untuk membetulkan salah faham pihak terbabit. Tetapi apabila pihak pengkritik berkenaan dan peminatnya dilihat mula bergaduh disebabkan perbezaan pendapat tentang gambar itu, Jehan semakin bingung dan terus berputus asa untuk mempertahankan kenyataannya.

Malah disebabkan tidak mahu laman sosial Facebook menjadi medan perang, kata Jehan, dia terpaksa 'menyembunyikan' beberapa kritikan yang disifatkan sebagai kritikan yang melampau. 

"Mula-mula saya jawab komen tersebut sebab nak betulkan salah faham. Saya tak marah pihak tersebut. Tapi bila saya reply, ada lagi yang mengatakan loket tu memang lambang salib dan masa tu ada juga peminat yang menyokong saya. Jadi kali kedua, saya reply lagi untuk beri penjelasan. Saya ingatkan semuanya dah selesai tapi lain pula jadinya apabila peminat saya dan pengkritik tersebut mula bergaduh. Kali ketiga, saya dah malas nak layan dah... lantak lah nak jadi apa pun. 

"Sampaikan saya terpaksa hide beberapa komen yang sangat pedas bagi mengelakkan peminat saya terus bergaduh dengan pihak berkenaan. Saya tak nak Facebook saya jadi tempat bergaduh. Padahal selama ni facebook saya berkongsi perkara-perkara yang menggembirakan.



Foto Jehan Miskin dan Isteri Terkini

Isu Sensitif Lambang Salib Kristian

"Cuma apa yang saya sedih, kenapa ada pihak yang sensitif sangat...? Bagi saya pihak yang mengkritik tu, emo. Kenapa mereka cepat melenting dan tak rasional. Kalau mereka rasional, mesti ianya ada perbincangan dan hujah.

"Ada yang cakap pada saya, lelaki mana boleh pakai rantai. Apa yang saya tahu ialah, ustaz saya pula cakap, lelaki tak boleh pakai emas. Tapi bila individu itu mengatakan lelaki tak boleh pakai rantai, adakah dia jadi lebih konservatif?", katanya dengan panjang lebar. 

Jehan juga memberitahu, aksesori itu merupakan tajaan daripada Thomas Sabo memandangkan dia merupakan antara pelanggan tetap jenama aksesori tersebut. Dan tujuannya memuat naik gambar tersebut hanyalah sekadar mahu berkongsi dengan peminat mengenai koleksi aksesori yang diminatinya itu. - Malaysian Digest.



Jehan Miskin dan Julie Camelia Rhee Isterinya Tidak Murtad Islam

Rantai Lambang Pengakap Bukan Salib Kristian

Pelakon Jehan Miskin menegaskan loket yang dipakai bersama isterinya dalam gambar yang dimuat naik melalui akaun instagram adalah merupakan lambang Persekutuan Pengakap Malaysia (Pengakap) dan bukan simbol salip.

(Foto) Jehan Miskin, 34 tahun, berkata, aksesori itu merupakan tajaan daripada Thomas Sabo kerana dia dan isteri (Foto) Julie Camelia Rhee, 29 tahun, merupakan antara pelanggan tetap jenama aksesori tersebut.

"Pada saya jika kita positif ia akan jadi positif, begitu juga sebaliknya. Saya cuba jelaskan yang loket itu bukan lambang salib namun masih ada yang mahu bergaduh.

"Saya hanya muat turun gambar tersebut kerana ingin berkongsi bersama peminat tentang koleksi yang saya dan isteri minati, dan tidak terlintas sampai jadi begini," katanya ketika ditemui pada rumah terbuka Media Prima, di sini, Jumaat.

Jehan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gambar di laman sosial instagram yang menimbulkan kontroversi apabila dia dan isteri mengayakan loket lambang Pengakap yang kononya menyerupai simbol agama lain.




Jehan Miskin Nikah Gadis Korea

Gambar Kontroversi Jehan Miskin Pakai Rantai Salib

Gambar yang dimuat naik awal minggu lalu mencetuskan rasa tidak puas hati peminat dan pengikutnya yang menganggap penerbit drama What If ini sebagai tidak sensitif.

Kata Jehan, tindakan segelintir pengikutnya di laman sosial tersebut yang melemparkan kata-kata negatif dan mencetuskan perbalahan sesama sendiri sebagai tidak rasional.

"Pada mulanya saya sudah jelaskan dan betulkan salah faham itu, saya cuba jelaskan perkara sebenar tapi bila semakin lama semakin ramai yang bergaduh saya malas nak layan.

"Ada juga yang saya terpaksa padam komen-komen yang melampau mereka dan terpaksa memantau lama sosial tersebut supaya tidka keterlaluan," katanya.

Tambah Jehan sebagai seorang yang dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga Islam, dia masih mengetahui batas-batas sebagai seorang muslim dan sensitiviti agama dan masyarakat negara ini. - Mstar.

Isu Rantai Lambang Salib, Jehan Miskin Mahu Peminat Fikir Rasional

“SECARA jujurnya saya sedih sebab ada lagi orang-orang yang terlalu sensitif dan cepat melenting dengan perkara yang tidak sepatutnya.”

Itulah antara penjelasan yang diberikan oleh pengarah dan pelakon, Jehan Miskin berkaitan isu memakai salib yang menimpanya, baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Jehan memberitahu, dia yang dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam sememangnya tidak logik untuk memakai lambang salib seperti yang dikatakan.

“Pada mulanya saya faham situasi beberapa pengikut Instagram yang nampak loket yang saya pakai itu sebagai lambang salib memandangkan saiznya kecil dan tidak jelas.

“Tapi saya mula tidak faham mengapa setelah saya jelaskan perkara sebenar, mereka masih mahu katakan perkara yang sama.

Sebagai orang Islam, tidak masuk akal saya mahu pakai lambang salib.




Jehan Miskin Kesal Peminat Maki Hamu Kata Kesat

Peminat Jehan Miskin Tidak Masuk Akal Isu Pakai Rantai Salib

“Kalau pakai pun mungkin sebab tidak perasan, tapi dalam hal ini saya memang pakai loket itu sebab mahu kongsikan gambar dengan para peminat saya.

Loket tu adalah lambang pengakap dan sama sekali tak mewakili simbol mana-mana agama,” jelasnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Media Prima, kelmarin.

Tambah pengarah drama siri What If ini lagi, bila seseorang sudah menetapkan pemikiran yang negatif, apa sekalipun penjelasan yang diberikan akan tetap dipandang negatif.

“Dalam perkara ini mereka perlu lebih rasional dan saya sendiri cuba untuk bercakap dengan cara yang sama di Facebook, tapi bila masih ada mahu mempertikaikan, saya jadi buntu.

“Ada yang cakap pada saya, lelaki mana boleh pakai rantai. Apa yang saya tahu ialah, ustaz saya pula cakap, lelaki tak boleh pakai emas.

Tapi bila individu itu mengatakan lelaki tak boleh pakai rantai, adakah dia jadi lebih konservatif?,” katanya dengan panjang lebar.

Jehan Miskin Kesal Dengan Kata-Kata Kesat, Maki Hamun Peminat 

Tidak mahu perkara menjadi lebih serius, Jehan memberitahu dia terpaksa memadam beberapa komen keterlaluan yang dilemparkan kepadanya dalam laman Facebook miliknya.

Menurut Jehan, bila ada peminat yang menyebelahi dirinya, terdapat beberapa pengkritik sanggup melemparkan kata-kata yang kesat kepada peminatnya pula.

“Saya tidak mahu Facebook saya jadi medan pergaduhan mereka dan sebab itulah ada beberapa komen yang terpaksa saya padam.

Sekarang saya sendiri sudah malas untuk layan komen-komen itu semua,” katanya.

Difahamkan, aksesori itu tajaan Thomas Sabo dan tujuannya memuat naik gambar tersebut sekadar mahu berkongsi dengan peminat mengenai koleksi aksesori yang diminatinya itu. - SinarHarian.


BIODATA JEHAN MISKIN PROFILE ARTIS SELEBRITI MALAYSIA

Jehan Miskin Wiki Profil

Jehan Miskin Facebook Fan Page

Jehan Miskin Twitter


Jehan Miskin Blog Keek Instagram Profil Youtube Akaun Laman Sosial 2013


VIDEO MAJLIS PERKAHWINAN JEHAN MISKIN DAN ISTERINYA GADIS KOREA




0 comments:

Post a Comment