Sunday 10 December 2017

Filled Under:

Siti Nordiana Dan Zoey Rahman Bernikah Di Mekah?

Siti Nordiana Dan Zoey Rahman Bernikah Di Mekah ?

Sebelum ini penyanyi Siti Nordiana dan Zoey Rahman mengejutkan ramai terutamanya peminat mereka apabila telah memuat naik gambar mereka bersama dan turut menyatakan akan mengumumkan sesuatu.

Pengumuman Bernikah?

Sebelum mengumumkannya, pelbagai spekulasi telah timbul termasuklah mengenai mereka bakal mengumumkan tarikh pernikahan mereka. Akan tetapi, sangkaan para peminat meleset kerana pengumuman yang dibuat adalah mengenai pembukaan kedai jualan produk mereka atas talian dimana kedua-dua selebriti ini aktif berniaga produk mereka sendiri.

Siti Nordiana Dan Zoey Tunaikan Umrah Bersama

Terbaru Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana kini sedang berada di Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah. Bukan keseorangan, kerana selain keluarganya, Nana turut ditemani Zoey dan pihak pengurusannya.

Sebelum ini ramai pihak mendoakan agar hubungan pasangan ini berakhir di jinjang pelamin sehingga ada pihak yang mengatakan bahawa mereka ke sana untuk bernikah seperti yang turut hangat diperkatakan mengenai spekulasi hubungan Fattah Amin dan Fazura.

Hangat.com cuba menghubungi pihak pengurusan Zoey, dan menurutnya benar mereka kesana bersama Nana dan keluarga. Akan tetapi mereka kesana bukanlah untuk bernikah sebaliknya hanya mengerjakan umrah.

Ketika ditanya apakah status hubungan mereka, Zoey dan Nana berkawan baik dan mengharapkan doa yang terbaik buat mereka. Jadi apa komen anda mengenai hubungan mereka? Hangat.com melihat mereka sebagai pasangan yang cukup secocok!




0 comments:

Post a Comment