Sunday 10 December 2017

Filled Under:

Saya Tiada Suara,muntah2, Dan Sakit Kepala,, Syura dedah Beliau Terkena Sihir..

Saya Tiada Suara,muntah2, Dan Sakit Kepala,, Syura dedah Beliau Terkena Sihir..

PENYANYI Syura mendedahkan dia mengalami penyakit misteri ketika berada di Indonesia untuk merakam lagu terbaru beberapa bulan yang lalu.

Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 32, berkata dia muntah tidak berhenti, sakit kepala yang teruk dan kehilangan suara.

"Beberapa bulan yang lalu saya ada pergi ke Indonesia untuk merakam lagu terbaru.

"Ketika perjalanan nak ke sana, badan saya dah rasa tak berapa sihat. Saya muntah-muntah sebanyak tiga kali di atas kapal penerbangan.

"Sampai hotel pun saya muntah tidak berhenti. Rasa kebas sebelah badan. Kerap sakit kepala yang teruk dan kehilangan suara setiap pagi," kata Syura kepada mStar Online.

Syura mengalami muntah tidak henti, sakit kepala yang teruk, kebas sebelah badan dan kehilang suara di waktu pagi.

Syura ditemui selepas tersingkir pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim keempat yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Ahad.

Menurut Syura lagi, pada awalnya dia menganggap sakit yang dialaminya hanya sekadar penyakit biasa.

Namun selepas memasuki program GV4 pada September lalu  berat badannya merosot kira-kira 12 kilogram tanpa sebab.

"Pada mulanya saya rasa biasa sahaja bila diserang penyakit itu. Tapi semakin pelik bila saya masuk GV4, berat badan saya menurun.

"12 kilo hilang tanpa sebab. Nak kata saya tak makan, saya makan saja macam biasa," ujarnya.

Syura terlalu memikirkan masalah yang dihadapi sehingga hilang fokus pada malam separuh akhir menyebabkan dia tersingkir.

Sementara itu, Syura turut berkata, dia juga merancang untuk berubat secara tradisional dalam masa terdekat.

"Saya ada terserempak dengan Datuk Fadzilah Kamsah beberapa minggu yang lalu. Dari jauh dia panggil untuk bertanya mengenai keadaan saya.

"Secara tiba-tiba dia boleh tahu yang saya sakit. Malah, dia tidak berhenti kata seram melihat saya seperti ada sesuatu.

"Sejak dari itu, saya terfikir kemungkinan memang ada benda yang menganggu. Saya memang ada rancangan nak berubat, Insya-Allah dalam masa terdekat," kata Syura.

Sumber : Mstar




0 comments:

Post a Comment