Monday 11 December 2017

Filled Under:

Sedih Bila Tengok Permintaan Aidid Marcello Semasa Jenazahnya Dikapankan

Sedih Bila Tengok Permintaan Aidid Marcello Semasa Jenazahnya Dikapankan


Baik ahli keluarga, rakan-rakan mahupun diri sendiri setiap yang hidup pasti akan mati. [Hangat.com]. Berkongsi pengalamannya melihat sendiri semua proses penguruzan jenazah, pengacara dan penerbit Aidid Marcello telah meluahkan isi hatinya yang membuatkan pengikut di Instagram turut rasa terharu.

Mahu Anak-Anak Uruskan Jenazah Ketika Beliau Sudah Tiada

Melalui Instagram nya, Aidid berasa terpanggil untuk berkongsi mengenai kematian. Malah beliau turut rasa tertanya andai beliau ‘pergi’ suatu hari nanti, beliau mahukan anak-anaknya menguruskan segala persiapan jenazah beliau sehingga dikebumikan.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. (Muhasabah utk diri sendiri)
Adakah kita sudah bersedia??? Semalam aku ambil kesempatan untuk melihat semua proses pengurusan jenazah (kecuali mandi), pada ketika itu, aku bayangkan itu aku. Apa yg aku ada ketika itu? Siapa yg aku ada ketika itu?[Hangat.com] Siapa dan berapa ramaikah yg kisah untuk membantu uruskan jenazah aku ketika itu. Aku terbayang anak2 lelaki aku sebagai hadiah Allah untuk aku besarkan dengan penuh tanggungjawab.

Aku mahukan mereka yg memandikan aku, mengkafankan aku, menjadi imam ketika untuk solat terakhir kepadaku, membawa aku turun dengan penuh kasih sayang ke liang lahad sambil tak putus2 doa untuk ku..”


Netizen Turut Tersentuh

“Tapi paling sedih…(realitinya) dari apa yg aku dapat lihat secara kebiasannya, tidak lama orang akan ingat kepada kita setelah kita ditanam.[Hangat.com] 3 hari? (Sebab tahlil), seminggu? Sebulan mungkin masih bersedih? Sebab selepas itu, masing2 sudahpun menyambung kembali urusan duniawi yang merupakan pentas permainan sementara untuk kita. Kita yang didalam? Tak payah tunggu 5 min, 3 hari, seminggu… hanya 7 langkah org terakhir yg meninggalkan kubur kita, akan mulalah sesi soal jawab kita bersama Munkar & Nakir 😭

Marilah kita sama2 persiapkan diri kita. Saya paling suka dengar bacaan Talkin. Apa kata jom kita baca dan faham sambil2 kita bersiap dengan soalan kubur yg PASTINYA akan ditanya.
AL-FATIHAH
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah.”

Kami di Hangat.com tersentuh dengan luahan Aidid. Malah bukan kami sahaja, pengikut beliau di Instagram turut merasakan hal yang sama. Ayuh kita bermuhasabah diri!

Sumber hangat.com




0 comments:

Post a Comment